Wednesday 26 March 2014

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KEJAYAAN SPM DAN STPM


Pengetua dan wakil sekolah SABK dan SMKA yang menerima anugerah SPM dan STPM
PEKDIS cawangan Perak berbesar hati dan berbangga dengan kejayaan sekolah-sekolah dibawah pentadbiran Sektor Pendidikan Islam di dalam pencapaian tertinggi sekolah melalui keputusan SPM dan STPM yang diumumkan baru-baru ini.
Di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan di JPN Perak pada 26 Mac 2014, sebahagian besar sekolah yang menerima anugerah adalah di kalangan SABK dan SMKA. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak Tuan Haji Mohd Idris bin Haji Ramli.
Tahniah kepada pengetua dan pimpinan sekolah yang telah berjaya. Semoga menjadi contoh dan saingan kepada sekolah-sekolah lain untuk berlumba-lumba demi melihat kejayaan anak didik di sekolah.


Sunday 23 March 2014

PERSARAAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Warga PEKDIS Cawangan Perak mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Muhamat Roli bin Haji Hassan pada 8 Mac 2014. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan dan terus memberi sumbangan dalam bidang pendidikan.

MESYUARAT AGUNG PEKDIS CAWANGAN PERAK 2014

Semua Ahli PEKDIS
Cawangan Negeri Perak

Sekalung tahniah kepada semua Jawatankuasa dan semua ahli PEKDIS Cawangan Perak atas kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Kegiatan Dakwah Sekolah-Sekolah Malaysia Cawangan Perak 2014M/1435H pada tarikh tersebut :

     Tarikh       : 27 Februari 2014
     Hari          : Khamis
     Tempat     : Dewan Sekolah SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah
     Kehadiran : 180 orang

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hajah Salmiah binti Sabran Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Perak. Syabas diucapkan.