Wednesday 16 May 2018

PROGRAM KORBAN, AQIQAH DAN WAKAF AL - QURAN SUDAN & UGANDA 2018M / 1439H


Sukacita dimaklumkan PEKDIS cawangan Perak dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah akan mengadakan Program Korban, Aqiqah dan Wakaf Al - Quran Sudan & Uganda 2018M / 1439H seperti berikut:




           






                                  


Monday 21 April 2014

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK





Ucapan dan tahniah kepada semua kontinjen daripada semua daerah negeri Perak atas kesungguhan dan komitmen menjayakan majlis yang meriah Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) yang telah dijalankan di Kolej Vokasional Persiaran Brash Ipoh pada 11 hingga 12 April yang lalu. Majlis penyampaian hadiah telah diserahkan oleh yang berbahagia YB Drs Mohd Nizar b. Hj. Zakaria Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja 

Juga tahniah kepada juara keseluruhan iaitu daerah Kinta Utara kerana berjaya membolot banyak johan juga kerana berjaya melaksanakan tugas sebagai tuan rumah. Semoga kontinjen Perak dapat bersedia bagi menghadapi MTQ peringkat kebangsaan pula di Putrajaya nanti.

Monday 14 April 2014

TAHNIAH PENGARAH BAHARU JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK


PEKDIS negeri Perak mengucapkan tahniah atas pelantikan Tn. Hj. Mohd Idris b. Hj. Ramli sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baharu.
Tahniah dan syabas diucapkan.

MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN GURU KAFA TULEN


Baru-baru ini majlis Pelancaran dan Penyerahan Surat Pelantikan Guru KAFA Tulen telah diadakan di SK Iskandar Perdana pada 8 April 2014 yang lalu. Sebanyak 10 buah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia terpilih bagi melaksanakan program ini. 
Majlis telah dihadiri oleh YB Drs Mohd Nizar b. Hj. Zakaria Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja, Datuk Mohd Yusop b. Husin Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan Puan Hajah Salmiah binti Sabran Ketua Sektor Pendidikan Islam mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Perak. 

Wednesday 26 March 2014

TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KEJAYAAN SPM DAN STPM


Pengetua dan wakil sekolah SABK dan SMKA yang menerima anugerah SPM dan STPM
PEKDIS cawangan Perak berbesar hati dan berbangga dengan kejayaan sekolah-sekolah dibawah pentadbiran Sektor Pendidikan Islam di dalam pencapaian tertinggi sekolah melalui keputusan SPM dan STPM yang diumumkan baru-baru ini.
Di dalam Majlis Perhimpunan Bulanan di JPN Perak pada 26 Mac 2014, sebahagian besar sekolah yang menerima anugerah adalah di kalangan SABK dan SMKA. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak Tuan Haji Mohd Idris bin Haji Ramli.
Tahniah kepada pengetua dan pimpinan sekolah yang telah berjaya. Semoga menjadi contoh dan saingan kepada sekolah-sekolah lain untuk berlumba-lumba demi melihat kejayaan anak didik di sekolah.


Sunday 23 March 2014

PERSARAAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN PERAK

Warga PEKDIS Cawangan Perak mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Muhamat Roli bin Haji Hassan pada 8 Mac 2014. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan dan terus memberi sumbangan dalam bidang pendidikan.

MESYUARAT AGUNG PEKDIS CAWANGAN PERAK 2014

Semua Ahli PEKDIS
Cawangan Negeri Perak

Sekalung tahniah kepada semua Jawatankuasa dan semua ahli PEKDIS Cawangan Perak atas kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung Pertubuhan Kegiatan Dakwah Sekolah-Sekolah Malaysia Cawangan Perak 2014M/1435H pada tarikh tersebut :

     Tarikh       : 27 Februari 2014
     Hari          : Khamis
     Tempat     : Dewan Sekolah SMK Sultan Yusuf, Batu Gajah
     Kehadiran : 180 orang

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hajah Salmiah binti Sabran Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Perak. Syabas diucapkan.